Kehidupan awal Pa'din Musa

Pa'din dilahirkan pada di Bagat, Pulau Pinang. Ayah beliau merupakan seorang tukang kayu dan juga seorang membaiki mesin jahit manakala ibunya pula bekerja sendiri.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar di Kepala Batas sebeleum meneruskan pendidikan beliau di Sekolah Vokasional Butterworth dan seterusnya ke Politeknik Port Dickson dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Kali pertama beliau ternampak papan selaju ialah ketika seorang pemilik gerai di tapak Pesta Pulau Pinang sedang bermain dengan papan selaju selepas beliau menutup gerai. Ketika itu, Pa'din hanya baru sahaja berusia 12 tahun yang sedang berkerja sambilan di tapak pesta tersebut.[2]